Tuesday, 24 January 2012

PJJ - Perkahwinan Jarak Jauh

Esok genaplah sebulan kami bergelar suami isteri. Dengan sekali lafaz (kalau tak termasuk rehearsal), aku bergelar seorang suami. Seorang yang memikul segala tanggungjawab menjaga, mendidik, dan membentuk sebuah keluarga sakinah. Insyaallah.

Ya, hubungan kami adalah PJJ. Iman berada di Kota Kinabalu, dan aku berada di Pasir Gudang. Kami terpisah dek Laut China Selatan. Demi kerjaya, dan cita-cita, kami berdua bersepakat untuk mengorbankan usia awal perkahwinan kami dengan bertahan dalam hubungan jarak jauh.

Ya sememangnya sedari awal aku dah sedar akan hubungan ini sebelum aku bernikah. Hubungan jarak jauh adalah hubungan yang sangat-sangat memerlukan kesabaran kerana syaitan akan sentiasa menggangu.

Teringat akan pesan seorang sahabat,

Sebelum berkahwin, syaitan akan berusaha untuk merapatkan hubungan. Selepas berkahwin, syaitan akan berusaha untuk memecah-belahkan hubungan.

Nasihat ini betul-betul membuka mata aku untuk sentiasa mengingatkan diri mengawal emosi yang sering terganggu. Aku sentiasa berkata dalam hati terutama apabila marah, bahawa syaitan sedang berusaha menggangu hubungan kami.

No comments:

Post a Comment